Malaysia adalah diantara negara berpotensi untuk berjaya didalam industri ini. Dengan mempunyai iklim tropika yang sesuai untuk tumbesaran udang crayfish, ianya menjadikan Yabbie - Cherax Destruction sangat sesuai dan merupakan diantara hidupan air tawar paling popular disebabkan permintaannya sentiasa tinggi di Malaysia sejak akhir akhir ini.

Malaysia mempunyai asset bernilai iaitu terdapatnya banyak sumber air tawar yang sangat ideal bagi ternakan udang kara ini. Sehingga kini, belum ramai penternak yang dapat mengusahakan penternakan udang kara ini secara komerasial. Diantara puncanya adalah kesukaran mendapatkan benih induk dan juga kurang mengetahui kewujudan udang kara air tawar yang berasal dari Australia boleh diternak disini.
No comments:
Post a Comment